Sebelum ini, saya sudah menulis tentang halatuju Defi dan NFT pada 2020, dan segala kemungkinan yang akan terjadi masa akan datang.
Akan tetapi, setahun selepas saya menulis artikel tersebut, muncul Pentas.io sebagai platform untuk rakyat Malaysia (tidak hanya tertakluk untuk Malaysia; untuk semua khususnya) mempersembahkan naskah terhebat mereka, dengan memperjuangkan seni yang menitikberatkan tradisi, budaya masyarakat setempat dalam bentuk digital.
Seiring dengan waktu, kita semua tahu akan peluang menjana wang tidak hanya terbatas pada medium fizikal, dengan kehebatan teknologi masa kini, klik di hujung jari membenarkan kita meneroka seni dengan cara yang pantas dan mudah, malah dapat menghubungkan kita dengan pengkarya dengan cara yang lebih dekat.
Seni itu bersifat ekslusif, hanya manusia yang melihat tahu akan harga dan nilainya. Disini, Pentas.io bertindak sebagai medium untuk pengkarya dan penikmat karya membeli hasil seni dengan mudah dan pantas - hanya perlu BNB dan dompet Metamask sahaja. Klik! dan Naskah itu milik anda dan dapat dijual tanpa menidakkan royalti pemilik karya.
Memandangkan platform Pentas.io ini masih baru, adalah lebih baik cara-cara menggunakan platform tersebut dihuraikan ke beberapa langkah yang terperinci, di post yang berbeza.
- Platform Pentas
- Cara menyesuaikan diri dengan Pentas
- Menghubungkan Metamask ke Pentas
- Memuatnaik naskah ke platform Pentas
- Terma dan syarat Pentas
- Pembelian BNB menggunakan Binance
- Pembelian BNB menggunakan Luno dan Binance
- Pengeluaran BNB dari Pentas ke Metamask
- Pengeluaran BNB dari Pentas ke Metamask dan Luno
Dan setakat post ini ditulis, menurut Pentas.io, sebanyak:
20,000 naskah telah didagangkan setelah 23 hari diperkenalkan bersamaan
869 naskah secara purata didagangkan pada setiap hari bersamaan
36 naskah secara purata didagangkan pada setiap jam bersamaan
6 naskah secara purata didagangkan bersamaan
1 naskah pada setiap 1.2 minit
Teruskan memartabat seni agar terus dikenali seantero dunia dan terus mara ke hadapan Pentas dan pengkarya-pengkarya sekalian!