Kita pasti pernah membuat pembelian barangan yang mewah seperti kaca mata Police, beg tangan Birkin dan jam tangan Rolex sebelum ini. Jadi bagaimana kita hendak memastikan barangan tersebut adalah tulen dan bukan ciplak / tiruan?
Mengetahui asal usul dan identiti pembelian adalah penting untuk memastikan kita
tidak ditipu. Dalam era digital, dimana kita seringkali berhadapan dengan serangan "malware", kita sebenarnya sedang
berhadapan dengan penggodam; sama seperti dalam perindustrian dan barangan,
barangan tiruan hakikatnya telah pun berada di dalam rantaian bekalan kita.
Hingga kini, sukar untuk kita membezakan yang asli dan tiruan dengan penuh
yakin.
Teknologi yang mampu mengatasi masalah ini; memainkan peranan untuk
memastikan integriti dan nilai sesuatu benda adalah
BLOCKCHAIN!
Blockchain (rangkaian blok-blok)
- Lejar yang sentiasa berkembang
- Menyimpan segala rekod tentang transaksi yang berlaku dengan selamat secara kronologi.
Transaksi bitcoin pertama pada 2019 |
Setiap blok mengandungi hash tersendiri. Hash berfungsi untuk menukarkan input dalam bentuk huruf dan nombor kepada output yang sulit (decode). Jika hash pada blok sebelumnya berubah, blok seterusnya akan ikut berubah.
Jadi pelombong perlu menyelesaikan masalah ini (hash) daripada blok genesis hinggalah blok n. Darjah kesukaran ini pula akan ditingkatkan seiring waktu yang ditentukan oleh rangkaian bitcoin.
Terdapat 4 komponen yang melengkapi rangkaian bitcoin:
- Perisian
- Kriptografi
- Perkakasan
- Teori Permainan
- Rangkaian bitcoin menciptakan tugasan untuk pelombong untuk menyelesaikan masalah matematik komputasi.
- Tugasan ini perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 10 minit
- Setiap pelombong akan mencari Nonce (formasi nombor yang boleh digunakan hanya sekali) yang mengesahkan hash blok
- Pelombong yang menyelesaikan dengan pantas akan memenangi pertandingan
- Komuniti akan mengesahkan blok yang dilombong oleh pemenang
- Ini akan menjadi blok baru yang akan ditambahkan ke blockchain
- Pemenang akan dibayar sebanyak 12.5 BTC dan begitulah cara bitcoin baru direka!