Saturday, February 15, 2020

Alternative Coins (Altcoin)

Saturday, February 15, 2020

Pengenalan Altcoin

Kemunculan Bitcoin, perintis kepada mata wang digital P2P menerima maklum balas positif daripada pengguna seluruh dunia. Masakan tidak, ketika tulisan ini ditulis, hampir 70 juta  pengguna dompet blockchain tercatat.  Selepas Bitcoin berjaya mengalih dunia dengan kemunculannya, lebih banyak kriptowang lain (altcoin) termasuklah Binance Coin, Tether, Ethereum, Ripple, muncul yang bertujuan ingin #MenujuKeMarikh, hampir 9,000 menurut CoinMarketCap.

Memaknai altcoin (alternative coin) atau dalam Bahasa Melayu, syiling alternatif, kebanyakannya bertujuan untuk menambahbaik bitcoin dan bersaing secara sihat dengan bitcoin - menawarkan transaksi yang lebih pantas, efisien dan jauh lebih murah meskipun terdapat fungsi-fungsi altcoin ini bertindih dengan bitcoin.

Jenis Altcoin

Terdapat beberapa jenis altcoin utama termasuk kriptowang yang  berasaskan perlombongan, stablecoin, token keselamatan, dan token utiliti. Terdapat juga beberapa gerakan lain ingin memisahkan sebahagian besar konsep ini daripada altcoin.

Perlombongan

Altcoin ini mempunyai proses perlombongan yang mirip seperti bitcoin, di mana syiling baru dihasilkan dengan menyelesaikan masalah matematik komputasi yang mencabar.

Stable coins

Stablecoins berusaha untuk menambahbaik Bitcoin dengan meminimakan perubahan harga dengan mengikat nilai syiling dengan mata wang yang sedia ada. Antara stablecoins yang popular termasuk Tether (USDT), Binance Coin (BNB) dan DAI (DAI).

Kata lainnya, membuat penukaran terus dengan mata wang sesebuah negara. 1 USDT = 1 USD = RM4

Token Keselamatan

Altcoin ini adalah gambaran aset digital, menghubungkan sektor kewangan sedia ada dan blockchain tanpa mengurangkan peranan salah satunya. Pemilikan pecahan aset sebenar dalam token keselamatan memelihara pemilikan pelabur dan menjanjikan pelaburan yang tersusun. Seperti ekuiti, hartanah, dividen dan pembayaran atau pemilikan dalam perniagaan.

Token Utiliti

Token utiliti memberi kebenaran pemilikan kepada perkhidmatan / servis sedia ada atau berpotensi dalam masa yang sama tanpa mengurangkan dan menafikan hak pemilikan yang terjalin oleh pelaburan spesifik.

Sebagai contoh, Filecoin, yang berjaya mengumpul sebanyak $257 million melalui penjualan token. Pelabur tersebut mempunyai kebenaran untuk menggunakan penyimpanan digital yang disediakan Filecoin.

Langkah-langkah Membeli Altcoin

Setakat hari ini, pembelian altcoin hanya boleh dilakukan dengan membeli bitcoin/ethereum terlebih dahulu, memandangkan platform untuk membeli secara terus belum disahkan di sisi undang-undang negara. Pembelian bitcoin/ethereum boleh dilakukan di aplikasi Luno (mudah dan sangat mesra pengguna), seterusnya menggunakan platform yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, Binance yang bertindak sebagai platform pertukaran.

Langkah 1: Download Luno dan sahkan identiti anda. Guna kod (CMBPZB) & anda akan dapat RM 25! Klik:  https://www.luno.com/invite/CMBPZB

Langkah 2: Daftar DeFi wallet (Metamask/Coinbase wallet)

Langkah 3: Untuk rujukan altcoin (CoinGecko & CoinMarketCap)

Langkah 4: Sambung DeFi wallet dengan DEX (BinanceUniswap)

Thursday, February 13, 2020

Pengenalan: Decentralized Finance (DeFi)

Thursday, February 13, 2020

 


Decentralized Finance (DeFi) atau Kewangan Tidak Berpusat adalah merujuk kepada peralihan daripada sistem kewangan berpusat - Centralized Finance (CeFi) kepada transaksi peer to peer (P2P) menggunakan teknologi yang dibangungkan oleh Blockchain bernama "Ethereum".


Dalam kata mudahnya, DeFi ini adalah sistem yang tidak memerlukan penguatkuasaan dan pengawasaan daripada pihak berkuasa untuk melakukan segala transaksi (daripada memberi pinjaman, meminjam, membeli stablecoin, token BTC, dan lain-lain) kepada pihak yang lain.

Transaksi ini bersifat terbuka, telus tanpa terselindung berbanding CeFi di mana, kita memerlukan pihak bank untuk menjadi orang tengah kepada segala urusan kita. Setiap individu ini memiliki hak sepenuhnya terhadap harta atau asset yang dimiliki dalam rangkaian ini.

Prinsip dan Kebaikan DeFi

Tidak pernah dalam fikiran kita, bahawa suatu hari nanti akan ada sistem yang boleh beroperasi tanpa memerlukan penyeliaan daripada pihak berkuasa.  Pembangunan pesat era digital ini telah merangsang beberapa perkara yang dahulunya melecehkan seperti beratur mengambil nombor untuk membuat pinjaman, menunggu pengumuman dibuat untuk pengeluaran i-Sinar berubah pantas dengan hanya satu "klik" dalam hanya sekelip mata.

DeFi menggunkan kontrak pintar (smart contract) untuk mencipta protokol yang mirip perkhidmatan kewangan sedia ada dengan cara yang lebih mudah, terbuka dan telus. 
Prinsip dan kebaikan DeFi
Boleh diaturcara (Programmable)
Kontrak pintar yang terbina di rangkaian blockchain Ethereum boleh diprogramkan untuk melaksanakan tugas / arahan secara automatik. Ini membenarkan lebih banyak wang digital dapat diciptakan.

Tidak boleh diubah (Immutable)
Segala transaksi yang telah dilakukan tidak akan luput seiring waktu dan akan kekal di atas talian / sistem; mudah untuk diaudit dan selamat memandangkan maklumat tidak boleh dimanipulasi.

Kebolehsalingoperasi (Interopablity)
Ethereum sangat fleksible, protokol dan aplikasi DeFi melengkapi antara satu sama lain. Pembangun boleh membangunkan protokol sedia ada, mengubah antaramuka (interface) dan mengintegrasikan aplikasi lain-lainnya. 


Analoginya adalah seperti permainan lego, kita boleh cantumkan saiz, warna yang berbeza dan membentuk satu platform yang lebih baik / baru tanpa mengubah tujuan asalnya. 

Telus (Transparency)

Segala transaksi dilengkapi dengan kod sulit (kriptografi) yang bebas dilihat oleh mana-mana individu.

Tanpa memerlukan kebenaran (Permisionless)

Sesiapa saja, dimana saja hanya dengan sambungan internet dan dompet kripto boleh melakukan transaksi dan mengakses aplikasi DeFi yang dibina di rangkaian Ethereum.

Penjagaan kendiri (Self custody)
Individu menjaga segala maklumat peribadi dan aset tanpa memaklumkan dan memerlukan kebenaran pihak ketiga. 

Kontrak Pintar

Meskipun kontrak undang undang yang terpakai pada masa ini adalah bersifat bertulis, namun sebaliknya bagi kontrak di DeFi, di mana kontrak ini menggunakan sepenuhnya kod komputer yang jauh lebih cepat, mudah, dan kurang berisiko. Transaksi yang berlaku di DeFi menggunakan kontrak pintar yang ditulis dalam Solidity, bahasa pengaturcaraan Turing tahap tinggi. Kontrak ini memiliki kemampuan untuk mengekod peraturan yang berbeza yang disajikan dalam bahasa pengaturcaraan dan membenarkan pembangun untuk menambahbaik fungsi selain daripada sekadar menghantar dan menerima kriptowang.  Program ini adalah decentralize apps (Dapps).
Contoh kontrak pintar

Meskipun konsep ini terlihat "too good to be true" (seperti meminjam wang daripada seseorang yang tak dikenali di Marikh tanpa bank sebagai pengantara), sebenarnya banyak aplikasi seperti ini telah tersedia. Terdapat dapps yang membolehkan anda membuat "stablecoin" (kriptowang yang nilainya disatukan dengan dolar AS), meminjamkan wang, memperoleh dividen pada simpanan krypto, mengambil pinjaman, menukar satu aset dengan aset lain, baik aset panjang atau pendek, kepada melaksanakan strategi pelaburan automatik dan maju.

Sehingga tulisan ini ditulis, sebanyak $37.15B kripto telah dideposit oleh pengguna.

Bagaimana? Kriptowang atau wang fiat?

Saturday, February 8, 2020

Pengenalan: Asas Blockchain dan Bitcoin

Saturday, February 8, 2020

Kita pasti pernah membuat pembelian barangan yang mewah seperti kaca mata Police, beg tangan Birkin dan jam tangan Rolex sebelum ini. Jadi bagaimana kita hendak memastikan barangan tersebut adalah tulen dan bukan ciplak / tiruan?

Mengetahui asal usul dan identiti pembelian adalah penting untuk memastikan kita tidak ditipu. Dalam era digital, dimana kita seringkali berhadapan dengan serangan "malware", kita sebenarnya sedang berhadapan dengan penggodam; sama seperti dalam perindustrian dan barangan, barangan tiruan hakikatnya telah pun berada di dalam rantaian bekalan kita. Hingga kini, sukar untuk kita membezakan yang asli dan tiruan dengan penuh yakin.

Teknologi yang mampu mengatasi masalah ini; memainkan peranan untuk memastikan integriti dan nilai sesuatu benda adalah BLOCKCHAIN!

Blockchain (rangkaian blok-blok)

Blockchain adalah:
  1. Lejar yang sentiasa berkembang
  2. Menyimpan segala rekod tentang transaksi yang berlaku dengan selamat secara kronologi.
Segara transaksi yang terjadi boleh dilihat oleh orang awam, daripada transaksi yang pertama hinggalah transaksi pada saat ini. Fungsi pelombong bitcoin pula adalah untuk membina blockchain yang membentuk lejar bitcoin. 

Transaksi bitcoin pertama pada 2019

Setiap blok akan ditambah pada setiap 10 minit (anggaran) pada setiap transaksi yang berlaku. Blok ini bertambah seterusnya membentuk blokchain. 

Hash

Setiap blok mengandungi hash tersendiri. Hash berfungsi untuk menukarkan input dalam bentuk huruf dan nombor kepada output yang sulit (decode). Jika hash pada blok sebelumnya berubah, blok seterusnya akan ikut berubah.

Jadi pelombong perlu menyelesaikan masalah ini (hash) daripada blok genesis hinggalah blok n. Darjah kesukaran ini pula akan ditingkatkan seiring waktu yang ditentukan oleh rangkaian bitcoin. 



Komponen Bitcoin

Terdapat 4 komponen yang melengkapi rangkaian bitcoin:
  1. Perisian
  2. Kriptografi
  3. Perkakasan
  4. Teori Permainan
1. Perisian

Bitcoin beroperasi tanpa henti, 24/7 365 hari. Bitcoin pada asasnya adalah perisian yang menentukan definisi perisian itu sendiri. Menentukan segala peraturan seperti siapa yang boleh melombong, siapa yang tidak berhak berada dalam sistem, bagaimana, kenapa, siapa dan apa semuanya ditentukan oleh bitcoin sendiri.

2. Kriptografi

Bitcoin menggunakan kriptografi untuk mengurus dan mengawal transaksi yang berlaku antara dua individu yang berbeza, juga membenarkan penorakaan bitcoin yang baru pada blockchain.

Kriptografi ini adalah pembentukan protokol yang bertindak untuk menghalang campur tangan pihak ketiga (pihak yang tidak berkaitan) untuk memastikan keselamatan maklumat.

3. Perkakasan
Menyelesaikan kriptografi ini memerlukan perkakasan yang canggih (mempunyai keupayaan CPU yang tinggi). Perkakasan ini menentukan kepantasan pelombong mencari nonce untuk mengesahkan hash dan blok. 

4. Teori Permainan

  1. Rangkaian bitcoin menciptakan tugasan untuk pelombong untuk menyelesaikan masalah matematik komputasi.
  2. Tugasan ini perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 10 minit
  3. Setiap pelombong akan mencari Nonce (formasi nombor yang boleh digunakan hanya sekali) yang mengesahkan hash blok
  4. Pelombong yang menyelesaikan dengan pantas akan memenangi pertandingan
  5. Komuniti akan mengesahkan blok yang dilombong oleh pemenang
  6. Ini akan menjadi blok baru yang akan ditambahkan ke blockchain
  7. Pemenang akan dibayar sebanyak 12.5 BTC dan begitulah cara bitcoin baru direka!
holistik © 2014