Decentralized Finance (DeFi) atau Kewangan Tidak Berpusat adalah merujuk kepada peralihan daripada sistem kewangan berpusat - Centralized Finance (CeFi) kepada transaksi peer to peer (P2P) menggunakan teknologi yang dibangungkan oleh Blockchain bernama "Ethereum".
Dalam kata mudahnya, DeFi ini adalah sistem yang tidak memerlukan penguatkuasaan dan pengawasaan daripada pihak berkuasa untuk melakukan segala transaksi (daripada memberi pinjaman, meminjam, membeli stablecoin, token BTC, dan lain-lain) kepada pihak yang lain.
Transaksi ini bersifat terbuka, telus tanpa terselindung berbanding CeFi di mana, kita memerlukan pihak bank untuk menjadi orang tengah kepada segala urusan kita. Setiap individu ini memiliki hak sepenuhnya terhadap harta atau asset yang dimiliki dalam rangkaian ini.
Prinsip dan Kebaikan DeFi
Prinsip dan Kebaikan DeFi
Tidak pernah dalam fikiran kita, bahawa suatu hari nanti akan ada sistem yang boleh beroperasi tanpa memerlukan penyeliaan daripada pihak berkuasa. Pembangunan pesat era digital ini telah merangsang beberapa perkara yang dahulunya melecehkan seperti beratur mengambil nombor untuk membuat pinjaman, menunggu pengumuman dibuat untuk pengeluaran i-Sinar berubah pantas dengan hanya satu "klik" dalam hanya sekelip mata.
DeFi menggunkan kontrak pintar (smart contract) untuk mencipta protokol yang mirip perkhidmatan kewangan sedia ada dengan cara yang lebih mudah, terbuka dan telus.
Prinsip dan kebaikan DeFi |
Kontrak pintar yang terbina di rangkaian blockchain Ethereum boleh diprogramkan untuk melaksanakan tugas / arahan secara automatik. Ini membenarkan lebih banyak wang digital dapat diciptakan.
Tidak boleh diubah (Immutable)
Segala transaksi yang telah dilakukan tidak akan luput seiring waktu dan akan kekal di atas talian / sistem; mudah untuk diaudit dan selamat memandangkan maklumat tidak boleh dimanipulasi.
Kebolehsalingoperasi (Interopablity)
Ethereum sangat fleksible, protokol dan aplikasi DeFi melengkapi antara satu sama lain. Pembangun boleh membangunkan protokol sedia ada, mengubah antaramuka (interface) dan mengintegrasikan aplikasi lain-lainnya.
Analoginya adalah seperti permainan lego, kita boleh cantumkan saiz, warna yang berbeza dan membentuk satu platform yang lebih baik / baru tanpa mengubah tujuan asalnya.
Telus (Transparency)
Segala transaksi dilengkapi dengan kod sulit (kriptografi) yang bebas dilihat oleh mana-mana individu.
Tanpa memerlukan kebenaran (Permisionless)
Sesiapa saja, dimana saja hanya dengan sambungan internet dan dompet kripto boleh melakukan transaksi dan mengakses aplikasi DeFi yang dibina di rangkaian Ethereum.
Penjagaan kendiri (Self custody)
Individu menjaga segala maklumat peribadi dan aset tanpa memaklumkan dan memerlukan kebenaran pihak ketiga.
Individu menjaga segala maklumat peribadi dan aset tanpa memaklumkan dan memerlukan kebenaran pihak ketiga.
Kontrak Pintar
Meskipun kontrak undang undang yang terpakai pada masa ini adalah bersifat bertulis, namun sebaliknya bagi kontrak di DeFi, di mana kontrak ini menggunakan sepenuhnya kod komputer yang jauh lebih cepat, mudah, dan kurang berisiko. Transaksi yang berlaku di DeFi menggunakan kontrak pintar yang ditulis dalam Solidity, bahasa pengaturcaraan Turing tahap tinggi. Kontrak ini memiliki kemampuan untuk mengekod peraturan yang berbeza yang disajikan dalam bahasa pengaturcaraan dan membenarkan pembangun untuk menambahbaik fungsi selain daripada sekadar menghantar dan menerima kriptowang. Program ini adalah decentralize apps (Dapps).
Meskipun konsep ini terlihat "too good to be true" (seperti meminjam wang daripada seseorang yang tak dikenali di Marikh tanpa bank sebagai pengantara), sebenarnya banyak aplikasi seperti ini telah tersedia. Terdapat dapps yang membolehkan anda membuat "stablecoin" (kriptowang yang nilainya disatukan dengan dolar AS), meminjamkan wang, memperoleh dividen pada simpanan krypto, mengambil pinjaman, menukar satu aset dengan aset lain, baik aset panjang atau pendek, kepada melaksanakan strategi pelaburan automatik dan maju.
Sehingga tulisan ini ditulis, sebanyak $37.15B kripto telah dideposit oleh pengguna.
Bagaimana? Kriptowang atau wang fiat?