Pengenalan Altcoin
Kemunculan Bitcoin, perintis kepada mata wang digital P2P menerima maklum balas positif daripada pengguna seluruh dunia. Masakan tidak, ketika tulisan ini ditulis, hampir 70 juta pengguna dompet blockchain tercatat. Selepas Bitcoin berjaya mengalih dunia dengan kemunculannya, lebih banyak kriptowang lain (altcoin) termasuklah Binance Coin, Tether, Ethereum, Ripple, muncul yang bertujuan ingin #MenujuKeMarikh, hampir 9,000 menurut CoinMarketCap.
Memaknai altcoin (alternative coin) atau dalam Bahasa Melayu, syiling alternatif, kebanyakannya bertujuan untuk menambahbaik bitcoin dan bersaing secara sihat dengan bitcoin - menawarkan transaksi yang lebih pantas, efisien dan jauh lebih murah meskipun terdapat fungsi-fungsi altcoin ini bertindih dengan bitcoin.
Jenis Altcoin
Terdapat beberapa jenis altcoin utama termasuk kriptowang yang berasaskan perlombongan, stablecoin, token keselamatan, dan token utiliti. Terdapat juga beberapa gerakan lain ingin memisahkan sebahagian besar konsep ini daripada altcoin.
Perlombongan
Altcoin ini mempunyai proses perlombongan yang mirip seperti bitcoin, di mana syiling baru dihasilkan dengan menyelesaikan masalah matematik komputasi yang mencabar.
Stable coins
Stablecoins berusaha untuk menambahbaik Bitcoin dengan meminimakan perubahan harga dengan mengikat nilai syiling dengan mata wang yang sedia ada. Antara stablecoins yang popular termasuk Tether (USDT), Binance Coin (BNB) dan DAI (DAI).
Kata lainnya, membuat penukaran terus dengan mata wang sesebuah negara. 1 USDT = 1 USD = RM4
Token Keselamatan
Altcoin ini adalah gambaran aset digital, menghubungkan sektor kewangan sedia ada dan blockchain tanpa mengurangkan peranan salah satunya. Pemilikan pecahan aset sebenar dalam token keselamatan memelihara pemilikan pelabur dan menjanjikan pelaburan yang tersusun. Seperti ekuiti, hartanah, dividen dan pembayaran atau pemilikan dalam perniagaan.
Token Utiliti
Token utiliti memberi kebenaran pemilikan kepada perkhidmatan / servis sedia ada atau berpotensi dalam masa yang sama tanpa mengurangkan dan menafikan hak pemilikan yang terjalin oleh pelaburan spesifik.
Sebagai contoh, Filecoin, yang berjaya mengumpul sebanyak $257 million melalui penjualan token. Pelabur tersebut mempunyai kebenaran untuk menggunakan penyimpanan digital yang disediakan Filecoin.
Langkah-langkah Membeli
Altcoin
Setakat hari ini, pembelian altcoin hanya boleh dilakukan dengan membeli bitcoin/ethereum terlebih dahulu, memandangkan platform untuk membeli secara terus belum disahkan di sisi undang-undang negara. Pembelian bitcoin/ethereum boleh dilakukan di aplikasi Luno (mudah dan sangat mesra pengguna), seterusnya menggunakan platform yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, Binance yang bertindak sebagai platform pertukaran.
Langkah 1: Download Luno dan sahkan identiti anda. Guna kod (CMBPZB) & anda akan dapat RM 25! Klik: https://www.luno.com/invite/CMBPZB
Langkah 2: Daftar DeFi wallet (Metamask/Coinbase wallet)
Langkah 3: Untuk rujukan altcoin (CoinGecko & CoinMarketCap)
Langkah 4: Sambung DeFi wallet dengan DEX (Binance, Uniswap)