Tuesday, March 24, 2020

Bitcoin vs Ethereum

Tuesday, March 24, 2020

Ether (ETH), merupakan matawang daripada rangkaian Ethereum, merupakan kriptowang  paling popular selepas bitcoin (BTC), di mana kedua-kedua ini mempunyai nilai pasaran tinggi dan pengguna yang ramai.

Memandangkan ether dan bitcoin ini menggunkan teknologi lejar yang dikenali sebagai blockchain, terdapat banyak persamaan antaranya: masing-masing adalah mata wang digital yang diperdagangkan melalui pertukaran dalam talian dan disimpan dalam pelbagai jenis dompet kriptowang. Kedua-dua token ini berada dalam sistem tidak berpusat, yang membawa maksud tidak boleh dikeluarkan atau dikawal selia oleh sesuatu pihak atau pihak berkuasa. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak perbezaan penting seperti fungsi dan peranan antara kedua-dua kriptowang ini.

Sebagai contoh, transaksi di rangkaian Ethereum mungkin mengandungi kod yang dapat dilaksanakan (execute), sementara data yang direkodkan pada transaksi rangkaian Bitcoin umumnya hanya untuk menyimpan nota. Perbezaan lain termasuk masa blok (transaksi ether disahkan dalam beberapa saat berbanding minit untuk bitcoin) dan algoritma yang mereka jalankan (Ethereum menggunakan ethash sementara Bitcoin menggunakan SHA-256). 

Walaupun bitcoin diciptakan sebagai alternatif untuk mata wang negara dan menjadi media pertukaran dan simpanan nilai, Ethereum pula dimaksudkan sebagai platform untuk memudahkan kontrak, dan mengekalkan aplikasi yang tidak berubah, melalui mata wangnya sendiri melalui platform aplikasi tidak berpusat (dapp).

Perbezaan Bitcoin dan Ethereum

Bitcoin

Ethereum

Kriptowang pertama dicipta yang membenarkan pertukaran bitcoin dengan P2P

Bukan matawang, tetapi merupakan platform blockchain yang memudahkan pertukaran ether

Dicipta dengan tujuan utamanya untuk perdagangan bitcoin

Dicipta dengan tujuan menambahbaik baik dan melaksanakan dapps di platform Ethereum

Persetujuaan dicapai dengan algoritma Point of Work (POW)

Masa komputasi lebih lambat

Persetujuaan dicapai dengan algoritma Point of Stake (POS)

Masa komputasi lebih pantas


Kesimpulan
  • Bitcoin perintis wang digital yang baru tanpa memerlukan kawalan mana-mana kerajaan atau syarikat.
  • Manusia mula menyedari bahawa salah satu inovasi asas bitcoin, blockchain, dapat digunakan untuk tujuan lain yang mampu melengkapi keperluan seharian. 
  • Aplikasi dan kontrak Ethereum dikuasakan oleh ether, mata wang rangkaian Ethereum.
  • Ether bertujuan untuk melengkapi, bukannya bersaing dengan bitcoin; tetapi populariti ether mendorongnya untuk bersaing dengan semua kriptowang.
holistik © 2014