Binance adalah antara platform pertukaran kriptowang yang popular dari segi
jumlah perdagangan pada masa ini dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan;
antaranya menyediakan platform untuk perdagangan pelbagai kriptowang dan pertukaran wang fiat kepada kriptowang.
Binance diasaskan oleh Changpeng Zhao (CZ) seorang
warganegara Canada berasal dari China, pemaju yang sebelum ini membuat
perisian perdagangan frekuensi tinggi. Beliau memulakan perniagaanya
sekitar Julai 2017, dan berjaya membangunkan Binance menjadi platform
pertukaran kriptowang yang terbesar di dunia, hanya selepas 180 hari
menubuhkannya!
Binance pada asalnya berpusat di China, tetapi kemudian berpindah dari
China ke Jepun kerana peraturan kriptowang yang semakin ketat di China.
Kemudiannya berpindah Jepun (peraturan juga semakin ketat), ibu pejabat
Binance pada akhirnya ditetapkan di Malta pada tahun 2019 setelah beberapa
memorandum berjaya ditandatangani.
Binance berkembang pesat berbanding platform lain kerana jumlah penyenaraian coin (initial coin offering, ICO) yang jauh lebih banyak dan menyeluruh. Bahkan terdapat juga beberapa tawaran yang lumayan dibuat seperti beli ICO, dan dapat lebih altcoin lain, kos pertukaran yang jauh lebih murah, dan pemotongan harga jika pembayaran dibuat menggunakan token BNB. Sikap CZ yang juga mesra di Twitter memudahkan segala maklumat tentang altcoin dan perkembangan Binance telah mewujudkan kerjasama yang baik antara pemilik dan pengguna.
Ketika Binance dilancarkan (ICO) dengan harga $0.10, dana sebanyak US$15 juta telah berjaya dikutip. Pelabur ini akan menerima token Binance Coin (BNB) yang boleh diguna ditukarkan kepada token yang lain dengan sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan.