Tuesday, March 31, 2020

Non Fungible Tokens (NFT)

Tuesday, March 31, 2020

 Pengenalan NFT

Token Tidak Mudahalih (NFT) adalah jenis token kripto khas yang disokong oleh aset; bersifat unik, tidak boleh ditukar ganti antara satu sama lain dan tidak dapat dikongsi. NFT hanya boleh digunakan dalam permainan dan koleksi kripto. NFT mewakili pelbagai jenis barang yang digital, kad atlet digital, haiwan digital, kenderaan digital dan lain-lain.

Token tidak mudah alih yang popular ialah ERC721, ERC1155, ERC20, dan TRC721. NFT kebanyakannya disimpan dalam dompet digital seperti dompet MyEtherWallet dan Ledger Hardware, yang boleh disesuaikan dan diperdagangkan di pasaran dengan mudah.

Salah satu faedah utama memiliki koleksi digital berbanding koleksi fizikal seperti kad Pokemon atau duit syiling yang jarang didapati ialah, setiap token NFT ini mengandungi maklumat yang membezakannya dengan NFT lain dan mudah disahkan.

Ini menjadikan pembuatan dan koleksi palsu sia-sia kerana setiap item adalah unik, direkod dan dapat ditelusuri kembali ke penerbit asalnya. Tidak seperti kriptowang biasa, NFT tidak boleh ditukar ganti antara satu sama lain. Ini kerana tidak ada dua NFT yang sama walaupun pada platform, permainan atau koleksi yang sama.

Anggaplah ia sebagai tiket konsert. Setiap tiket mengandungi maklumat sulit dan khusus termasuk nama pembeli, tarikh acara dan lokasi. Data ini menjadikan tiket konsert tidak dapat diperdagangkan dan ditukarmilik antara satu sama lain.

Sebilangan besar token NFT dibina menggunakan salah satu daripada dua piawai token Ethereum (ERC-721 dan ERC-1155) cetakan biru yang dibuat oleh Ethereum yang membolehkan pembangun perisian menggunakan NFT dengan mudah dan memastikannya sesuai dengan sistem / platform yang lebih luas.

Perkhidmatan pertukaran dan dompet digital MetaMask dan MyEtherWallet. Eos, Neo dan Tron juga telah mengeluarkan standard token NFT mereka sendiri untuk mendorong pemaju membina dan menjadi hos NFT di rangkaian blockchain mereka.

Ciri-ciri Token NFT

Tidak boleh dikendalikan: CryptoPunk tidak boleh digunakan sebagai watak dalam permainan CryptoKitties atau sebaliknya. Ini juga berlaku untuk koleksi seperti kad perdagangan; Kad pahlawan Blockchain tidak boleh dimainkan dalam permainan kad perdagangan Gods Unchained. Setiap token hanya boleh digunakan di platform yang disediakan sahaja.

Tidak dapat dipisahkan: NFT tidak boleh dibahagikan kepada denominasi yang lebih kecil seperti bitcoin. Mereka wujud secara eksklusif sebagai satu.

Tidak luput: Ssemua data NFT disimpan di blockchain melalui kontrak pintar, dan tidak dapat dihapus atau ditiru. Token ini tidak boleh diubah pemilik, yang bermaksud pemain dan pengumpul sebenarnya memiliki NFT mereka, bukan syarikat yang membuatnya.

Ini berbeza dengan membeli muzik muzik di iTunes di mana pengguna sebenarnya tidak memiliki apa yang mereka beli, mereka hanya membeli lesen untuk mendengarkannya.

Kebolehpercayaan: Setiap transaksi seperti karya seni digital dapat dikesan kembali ke pencipta asalnya, yang membolehkan kepingan tersebut disahkan tanpa memerlukan pengesahan pihak ketiga.

Projek NFT Popular di Pasaran

Rarible - Pasaran yang teratur di mana koleksi digital dapat dibuat dan dijual dengan mudah. Pengguna mendapat pembayaran royalti yang fleksibel.

Mereka dapat membuka kunci item baru, membida, dan menerima hadiah menarik. Mempunya token pemerintahan bernama RARI yang dapat digunakan untuk memberi maklumbalas terhadap platform. Semua pencipta disahkan secara meluas dan diberi lencana khas untuk memastikan tahap keaslian yang tinggi.

Kewangan GRAP - Grap. Platform ini sering membuat token baru berdasarkan permintaan pasaran. Ini mengandungi senarai jenama wain yang berbeza dan pengguna akan mendapat bahagian peratusan keuntungan bergantung pada permintaan wain dari pengguna lain di platform.

Aavegotchi - Platform DeFi yang dimiliki oleh Aave di mana pengguna dapat mempertaruhkan koleksi kripto dengan mudah. Mempunyai token pemerintahan yang disebut token GHST. Token dapat disimpan dengan selamat dengan menyambungkan dompet yang sesuai ke platform.

Koleksi kripto, permainan dan karya seni adalah NFT yang paling popular digunakan hari ini. Ini menjurus kepada lebih banyak banyak inovasi dan meningkatkan operasi pelbagai industri secara serentak dengan memberikan faedah kepada ekonomi digital, malah dijangka mempunyai potensi pada masa depan dengan lebih banyak pengguna dan peningkatan penggunaan teknologi blockchain.

Tuesday, March 24, 2020

Bitcoin vs Ethereum

Tuesday, March 24, 2020

Ether (ETH), merupakan matawang daripada rangkaian Ethereum, merupakan kriptowang  paling popular selepas bitcoin (BTC), di mana kedua-kedua ini mempunyai nilai pasaran tinggi dan pengguna yang ramai.

Memandangkan ether dan bitcoin ini menggunkan teknologi lejar yang dikenali sebagai blockchain, terdapat banyak persamaan antaranya: masing-masing adalah mata wang digital yang diperdagangkan melalui pertukaran dalam talian dan disimpan dalam pelbagai jenis dompet kriptowang. Kedua-dua token ini berada dalam sistem tidak berpusat, yang membawa maksud tidak boleh dikeluarkan atau dikawal selia oleh sesuatu pihak atau pihak berkuasa. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak perbezaan penting seperti fungsi dan peranan antara kedua-dua kriptowang ini.

Sebagai contoh, transaksi di rangkaian Ethereum mungkin mengandungi kod yang dapat dilaksanakan (execute), sementara data yang direkodkan pada transaksi rangkaian Bitcoin umumnya hanya untuk menyimpan nota. Perbezaan lain termasuk masa blok (transaksi ether disahkan dalam beberapa saat berbanding minit untuk bitcoin) dan algoritma yang mereka jalankan (Ethereum menggunakan ethash sementara Bitcoin menggunakan SHA-256). 

Walaupun bitcoin diciptakan sebagai alternatif untuk mata wang negara dan menjadi media pertukaran dan simpanan nilai, Ethereum pula dimaksudkan sebagai platform untuk memudahkan kontrak, dan mengekalkan aplikasi yang tidak berubah, melalui mata wangnya sendiri melalui platform aplikasi tidak berpusat (dapp).

Perbezaan Bitcoin dan Ethereum

Bitcoin

Ethereum

Kriptowang pertama dicipta yang membenarkan pertukaran bitcoin dengan P2P

Bukan matawang, tetapi merupakan platform blockchain yang memudahkan pertukaran ether

Dicipta dengan tujuan utamanya untuk perdagangan bitcoin

Dicipta dengan tujuan menambahbaik baik dan melaksanakan dapps di platform Ethereum

Persetujuaan dicapai dengan algoritma Point of Work (POW)

Masa komputasi lebih lambat

Persetujuaan dicapai dengan algoritma Point of Stake (POS)

Masa komputasi lebih pantas


Kesimpulan
  • Bitcoin perintis wang digital yang baru tanpa memerlukan kawalan mana-mana kerajaan atau syarikat.
  • Manusia mula menyedari bahawa salah satu inovasi asas bitcoin, blockchain, dapat digunakan untuk tujuan lain yang mampu melengkapi keperluan seharian. 
  • Aplikasi dan kontrak Ethereum dikuasakan oleh ether, mata wang rangkaian Ethereum.
  • Ether bertujuan untuk melengkapi, bukannya bersaing dengan bitcoin; tetapi populariti ether mendorongnya untuk bersaing dengan semua kriptowang.

Saturday, March 7, 2020

Binance: Pertukaran Bitcoin dan Kriptowang

Saturday, March 7, 2020

Binance adalah antara platform pertukaran kriptowang yang popular dari segi jumlah perdagangan pada masa ini dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan; antaranya menyediakan platform untuk perdagangan pelbagai kriptowang dan pertukaran wang fiat kepada kriptowang.

Binance diasaskan oleh Changpeng Zhao (CZ) seorang warganegara Canada berasal dari China, pemaju yang sebelum ini membuat perisian perdagangan frekuensi tinggi. Beliau memulakan perniagaanya sekitar Julai 2017, dan berjaya membangunkan Binance menjadi platform pertukaran kriptowang yang terbesar di dunia, hanya selepas 180 hari menubuhkannya! 

Binance pada asalnya berpusat di China, tetapi kemudian berpindah dari China ke Jepun kerana peraturan kriptowang yang semakin ketat di China. Kemudiannya berpindah Jepun (peraturan juga semakin ketat), ibu pejabat Binance pada akhirnya ditetapkan di Malta pada tahun 2019 setelah beberapa memorandum berjaya ditandatangani.

Binance berkembang pesat berbanding platform lain kerana jumlah penyenaraian coin (initial coin offering, ICO) yang jauh lebih banyak dan menyeluruh. Bahkan terdapat juga beberapa tawaran yang lumayan dibuat seperti beli ICO, dan dapat lebih altcoin lain, kos pertukaran yang jauh lebih murah, dan pemotongan harga jika pembayaran dibuat menggunakan token BNB.  Sikap CZ yang juga mesra di Twitter memudahkan segala maklumat tentang altcoin dan perkembangan Binance telah mewujudkan kerjasama yang baik antara pemilik dan pengguna.

Ketika Binance dilancarkan (ICO) dengan harga $0.10, dana sebanyak US$15 juta telah berjaya dikutip. Pelabur ini akan menerima token Binance Coin (BNB) yang boleh diguna ditukarkan kepada token yang lain dengan sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan. 


Saturday, February 15, 2020

Alternative Coins (Altcoin)

Saturday, February 15, 2020

Pengenalan Altcoin

Kemunculan Bitcoin, perintis kepada mata wang digital P2P menerima maklum balas positif daripada pengguna seluruh dunia. Masakan tidak, ketika tulisan ini ditulis, hampir 70 juta  pengguna dompet blockchain tercatat.  Selepas Bitcoin berjaya mengalih dunia dengan kemunculannya, lebih banyak kriptowang lain (altcoin) termasuklah Binance Coin, Tether, Ethereum, Ripple, muncul yang bertujuan ingin #MenujuKeMarikh, hampir 9,000 menurut CoinMarketCap.

Memaknai altcoin (alternative coin) atau dalam Bahasa Melayu, syiling alternatif, kebanyakannya bertujuan untuk menambahbaik bitcoin dan bersaing secara sihat dengan bitcoin - menawarkan transaksi yang lebih pantas, efisien dan jauh lebih murah meskipun terdapat fungsi-fungsi altcoin ini bertindih dengan bitcoin.

Jenis Altcoin

Terdapat beberapa jenis altcoin utama termasuk kriptowang yang  berasaskan perlombongan, stablecoin, token keselamatan, dan token utiliti. Terdapat juga beberapa gerakan lain ingin memisahkan sebahagian besar konsep ini daripada altcoin.

Perlombongan

Altcoin ini mempunyai proses perlombongan yang mirip seperti bitcoin, di mana syiling baru dihasilkan dengan menyelesaikan masalah matematik komputasi yang mencabar.

Stable coins

Stablecoins berusaha untuk menambahbaik Bitcoin dengan meminimakan perubahan harga dengan mengikat nilai syiling dengan mata wang yang sedia ada. Antara stablecoins yang popular termasuk Tether (USDT), Binance Coin (BNB) dan DAI (DAI).

Kata lainnya, membuat penukaran terus dengan mata wang sesebuah negara. 1 USDT = 1 USD = RM4

Token Keselamatan

Altcoin ini adalah gambaran aset digital, menghubungkan sektor kewangan sedia ada dan blockchain tanpa mengurangkan peranan salah satunya. Pemilikan pecahan aset sebenar dalam token keselamatan memelihara pemilikan pelabur dan menjanjikan pelaburan yang tersusun. Seperti ekuiti, hartanah, dividen dan pembayaran atau pemilikan dalam perniagaan.

Token Utiliti

Token utiliti memberi kebenaran pemilikan kepada perkhidmatan / servis sedia ada atau berpotensi dalam masa yang sama tanpa mengurangkan dan menafikan hak pemilikan yang terjalin oleh pelaburan spesifik.

Sebagai contoh, Filecoin, yang berjaya mengumpul sebanyak $257 million melalui penjualan token. Pelabur tersebut mempunyai kebenaran untuk menggunakan penyimpanan digital yang disediakan Filecoin.

Langkah-langkah Membeli Altcoin

Setakat hari ini, pembelian altcoin hanya boleh dilakukan dengan membeli bitcoin/ethereum terlebih dahulu, memandangkan platform untuk membeli secara terus belum disahkan di sisi undang-undang negara. Pembelian bitcoin/ethereum boleh dilakukan di aplikasi Luno (mudah dan sangat mesra pengguna), seterusnya menggunakan platform yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, Binance yang bertindak sebagai platform pertukaran.

Langkah 1: Download Luno dan sahkan identiti anda. Guna kod (CMBPZB) & anda akan dapat RM 25! Klik:  https://www.luno.com/invite/CMBPZB

Langkah 2: Daftar DeFi wallet (Metamask/Coinbase wallet)

Langkah 3: Untuk rujukan altcoin (CoinGecko & CoinMarketCap)

Langkah 4: Sambung DeFi wallet dengan DEX (BinanceUniswap)

Thursday, February 13, 2020

Pengenalan: Decentralized Finance (DeFi)

Thursday, February 13, 2020

 


Decentralized Finance (DeFi) atau Kewangan Tidak Berpusat adalah merujuk kepada peralihan daripada sistem kewangan berpusat - Centralized Finance (CeFi) kepada transaksi peer to peer (P2P) menggunakan teknologi yang dibangungkan oleh Blockchain bernama "Ethereum".


Dalam kata mudahnya, DeFi ini adalah sistem yang tidak memerlukan penguatkuasaan dan pengawasaan daripada pihak berkuasa untuk melakukan segala transaksi (daripada memberi pinjaman, meminjam, membeli stablecoin, token BTC, dan lain-lain) kepada pihak yang lain.

Transaksi ini bersifat terbuka, telus tanpa terselindung berbanding CeFi di mana, kita memerlukan pihak bank untuk menjadi orang tengah kepada segala urusan kita. Setiap individu ini memiliki hak sepenuhnya terhadap harta atau asset yang dimiliki dalam rangkaian ini.

Prinsip dan Kebaikan DeFi

Tidak pernah dalam fikiran kita, bahawa suatu hari nanti akan ada sistem yang boleh beroperasi tanpa memerlukan penyeliaan daripada pihak berkuasa.  Pembangunan pesat era digital ini telah merangsang beberapa perkara yang dahulunya melecehkan seperti beratur mengambil nombor untuk membuat pinjaman, menunggu pengumuman dibuat untuk pengeluaran i-Sinar berubah pantas dengan hanya satu "klik" dalam hanya sekelip mata.

DeFi menggunkan kontrak pintar (smart contract) untuk mencipta protokol yang mirip perkhidmatan kewangan sedia ada dengan cara yang lebih mudah, terbuka dan telus. 
Prinsip dan kebaikan DeFi
Boleh diaturcara (Programmable)
Kontrak pintar yang terbina di rangkaian blockchain Ethereum boleh diprogramkan untuk melaksanakan tugas / arahan secara automatik. Ini membenarkan lebih banyak wang digital dapat diciptakan.

Tidak boleh diubah (Immutable)
Segala transaksi yang telah dilakukan tidak akan luput seiring waktu dan akan kekal di atas talian / sistem; mudah untuk diaudit dan selamat memandangkan maklumat tidak boleh dimanipulasi.

Kebolehsalingoperasi (Interopablity)
Ethereum sangat fleksible, protokol dan aplikasi DeFi melengkapi antara satu sama lain. Pembangun boleh membangunkan protokol sedia ada, mengubah antaramuka (interface) dan mengintegrasikan aplikasi lain-lainnya. 


Analoginya adalah seperti permainan lego, kita boleh cantumkan saiz, warna yang berbeza dan membentuk satu platform yang lebih baik / baru tanpa mengubah tujuan asalnya. 

Telus (Transparency)

Segala transaksi dilengkapi dengan kod sulit (kriptografi) yang bebas dilihat oleh mana-mana individu.

Tanpa memerlukan kebenaran (Permisionless)

Sesiapa saja, dimana saja hanya dengan sambungan internet dan dompet kripto boleh melakukan transaksi dan mengakses aplikasi DeFi yang dibina di rangkaian Ethereum.

Penjagaan kendiri (Self custody)
Individu menjaga segala maklumat peribadi dan aset tanpa memaklumkan dan memerlukan kebenaran pihak ketiga. 

Kontrak Pintar

Meskipun kontrak undang undang yang terpakai pada masa ini adalah bersifat bertulis, namun sebaliknya bagi kontrak di DeFi, di mana kontrak ini menggunakan sepenuhnya kod komputer yang jauh lebih cepat, mudah, dan kurang berisiko. Transaksi yang berlaku di DeFi menggunakan kontrak pintar yang ditulis dalam Solidity, bahasa pengaturcaraan Turing tahap tinggi. Kontrak ini memiliki kemampuan untuk mengekod peraturan yang berbeza yang disajikan dalam bahasa pengaturcaraan dan membenarkan pembangun untuk menambahbaik fungsi selain daripada sekadar menghantar dan menerima kriptowang.  Program ini adalah decentralize apps (Dapps).
Contoh kontrak pintar

Meskipun konsep ini terlihat "too good to be true" (seperti meminjam wang daripada seseorang yang tak dikenali di Marikh tanpa bank sebagai pengantara), sebenarnya banyak aplikasi seperti ini telah tersedia. Terdapat dapps yang membolehkan anda membuat "stablecoin" (kriptowang yang nilainya disatukan dengan dolar AS), meminjamkan wang, memperoleh dividen pada simpanan krypto, mengambil pinjaman, menukar satu aset dengan aset lain, baik aset panjang atau pendek, kepada melaksanakan strategi pelaburan automatik dan maju.

Sehingga tulisan ini ditulis, sebanyak $37.15B kripto telah dideposit oleh pengguna.

Bagaimana? Kriptowang atau wang fiat?

Saturday, February 8, 2020

Pengenalan: Asas Blockchain dan Bitcoin

Saturday, February 8, 2020

Kita pasti pernah membuat pembelian barangan yang mewah seperti kaca mata Police, beg tangan Birkin dan jam tangan Rolex sebelum ini. Jadi bagaimana kita hendak memastikan barangan tersebut adalah tulen dan bukan ciplak / tiruan?

Mengetahui asal usul dan identiti pembelian adalah penting untuk memastikan kita tidak ditipu. Dalam era digital, dimana kita seringkali berhadapan dengan serangan "malware", kita sebenarnya sedang berhadapan dengan penggodam; sama seperti dalam perindustrian dan barangan, barangan tiruan hakikatnya telah pun berada di dalam rantaian bekalan kita. Hingga kini, sukar untuk kita membezakan yang asli dan tiruan dengan penuh yakin.

Teknologi yang mampu mengatasi masalah ini; memainkan peranan untuk memastikan integriti dan nilai sesuatu benda adalah BLOCKCHAIN!

Blockchain (rangkaian blok-blok)

Blockchain adalah:
  1. Lejar yang sentiasa berkembang
  2. Menyimpan segala rekod tentang transaksi yang berlaku dengan selamat secara kronologi.
Segara transaksi yang terjadi boleh dilihat oleh orang awam, daripada transaksi yang pertama hinggalah transaksi pada saat ini. Fungsi pelombong bitcoin pula adalah untuk membina blockchain yang membentuk lejar bitcoin. 

Transaksi bitcoin pertama pada 2019

Setiap blok akan ditambah pada setiap 10 minit (anggaran) pada setiap transaksi yang berlaku. Blok ini bertambah seterusnya membentuk blokchain. 

Hash

Setiap blok mengandungi hash tersendiri. Hash berfungsi untuk menukarkan input dalam bentuk huruf dan nombor kepada output yang sulit (decode). Jika hash pada blok sebelumnya berubah, blok seterusnya akan ikut berubah.

Jadi pelombong perlu menyelesaikan masalah ini (hash) daripada blok genesis hinggalah blok n. Darjah kesukaran ini pula akan ditingkatkan seiring waktu yang ditentukan oleh rangkaian bitcoin. 



Komponen Bitcoin

Terdapat 4 komponen yang melengkapi rangkaian bitcoin:
  1. Perisian
  2. Kriptografi
  3. Perkakasan
  4. Teori Permainan
1. Perisian

Bitcoin beroperasi tanpa henti, 24/7 365 hari. Bitcoin pada asasnya adalah perisian yang menentukan definisi perisian itu sendiri. Menentukan segala peraturan seperti siapa yang boleh melombong, siapa yang tidak berhak berada dalam sistem, bagaimana, kenapa, siapa dan apa semuanya ditentukan oleh bitcoin sendiri.

2. Kriptografi

Bitcoin menggunakan kriptografi untuk mengurus dan mengawal transaksi yang berlaku antara dua individu yang berbeza, juga membenarkan penorakaan bitcoin yang baru pada blockchain.

Kriptografi ini adalah pembentukan protokol yang bertindak untuk menghalang campur tangan pihak ketiga (pihak yang tidak berkaitan) untuk memastikan keselamatan maklumat.

3. Perkakasan
Menyelesaikan kriptografi ini memerlukan perkakasan yang canggih (mempunyai keupayaan CPU yang tinggi). Perkakasan ini menentukan kepantasan pelombong mencari nonce untuk mengesahkan hash dan blok. 

4. Teori Permainan

  1. Rangkaian bitcoin menciptakan tugasan untuk pelombong untuk menyelesaikan masalah matematik komputasi.
  2. Tugasan ini perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 10 minit
  3. Setiap pelombong akan mencari Nonce (formasi nombor yang boleh digunakan hanya sekali) yang mengesahkan hash blok
  4. Pelombong yang menyelesaikan dengan pantas akan memenangi pertandingan
  5. Komuniti akan mengesahkan blok yang dilombong oleh pemenang
  6. Ini akan menjadi blok baru yang akan ditambahkan ke blockchain
  7. Pemenang akan dibayar sebanyak 12.5 BTC dan begitulah cara bitcoin baru direka!
holistik © 2014